intheblanket wrote:Salam...
Saya baru join Waze nie... nak tumpang bertanya pasal AM... macam ner tue yer??? saya ada edit kawasan laluan kerja saya... Area Bandar Baru Selayang... ada x AM dier??? sebab nak dier update kan sesetengah tempat tue...
Salam...
AM bermaksud Area Manager atau Pengurus Kawasan, kebiasaanya Editor Level 3 dan ke atas. Kalau nak tahu AM kawasan BBS senang saja, cuba cari lebuharaya atau jalan utama di dalam kawasan edit anda dan klik pada jalan tersebut. Sekiranya segmen jalan tersebut telah dikunci oleh editor level 3 dan ke atas, maka editor tersebut merupakan AM bagi kawasan anda.
Penguncian beberapa jalan dibuat bagi melindungi segmen tersebut daripada cubaan vandalisme yang mungkin akan menjejaskan pengemudian GPS. Sekiranya edit anda melibatkan segmen jalan yang dikunci (sambungan jalan kecil ke jalan utama dsb.) boleh menghubungi AM tersebut bagi memohon "unlock" sementara bagi segmen tersebut.