Salam...
Saya baru join Waze nie... nak tumpang bertanya pasal AM... macam ner tue yer??? saya ada edit kawasan laluan kerja saya... Area Bandar Baru Selayang... ada x AM dier??? sebab nak dier update kan sesetengah tempat tue...
Moderators: The Fej, adriansinger, Unholy, krankyd
dslugo wrote:sazrimz wrote:adakah patut lebuhraya utara-selatan diberi nama dalam bahasa inggeris...sepatutnya semua nama2 jalan mestilah mengikut signboard???
Ye betul.. ada ke yang tak mengikut sign board? betulkan lah..
andrewkjs wrote:sazrimz wrote:adakah patut lebuhraya utara-selatan diberi nama dalam bahasa inggeris...sepatutnya semua nama2 jalan mestilah mengikut singboard???
Saya rasa cadangan anda untuk menukar nama Lebuhraya Utara Selatan boleh dibincangkan tetapi kerana ia di luar kawasan urusan saya, saya tidak berpendapat dengan kuat mengenai perkara ini dan ini terpulanglah kepada kalangan editor yang menguruskan lebuhraya ini. Kalau saya yang menguruskan, saya akan mengguna 'E1 PLUS'.
Ada juga signboard yang mengguna 'Exit 104 Persimpangan Subang' dan di dalam Waze ia dinamakan 'Exit 104 Subang Interchange', tetapi ini boleh dibiarkan kerana yang paling bermanfaat kepada pemandu-pemandu adalah nombor exit 104 dan nama 'Subang'.
Malangnya, Andreas kurang fasih dalam BM. Kalau ada perkara yang juga perlu pendapat Andreas, cubalah untuk mengguna Bahasa Inggeris, walaupun kurang arif, supaya beliau boleh memahami post forum anda dan memberi pendapatnya. Leceh kalau Andreas selalu terpaksa guna Google Translate, dan pada masa yang sama kita boleh meningkatkan taraf penggunaan Bahasa Inggeris kita.
andrewkjs wrote:Malangnya, Andreas kurang fasih dalam BM. Kalau ada perkara yang juga perlu pendapat Andreas, cubalah untuk mengguna Bahasa Inggeris, walaupun kurang arif, supaya beliau boleh memahami post forum anda dan memberi pendapatnya. Leceh kalau Andreas selalu terpaksa guna Google Translate, dan pada masa yang sama kita boleh meningkatkan taraf penggunaan Bahasa Inggeris kita.
dslugo wrote:Usulkanlah di forum or fb page tu.. kalau rasa tak sesuai buat macam tu, tunggu je la point tinggi nanti satu hari bolehlah edit tu..tak dapek nak nolong tang nih.. level pun ciput..
Separuh highway lagi terkenal dalam bahasa inggeris.. macam NKVE++ tapi dalam google maps malaysia dan google maps international memang tulis Lebuhraya Baru Lembah Kelang.. Entah panduan mana mamat(yang tulis tu) tu dapat sampai tukar jadi nama inggeris, wallahualam..
dslugo wrote:sazrimz wrote:saya akan usulkan kalau ada sokongan hehe...takut juga nanti ada yg x puashati, susah2 mereka buat, kita senang2 komplen huhu...ada lebih baik saya tunggu level mega waze...setahu saya gmap ada dwibahasa...yg selalu saya rujuk...
Usulkan la.. saya sokong aje.. lagipun ada ALT NAMES tu untuk bahasa inggeris.. lebuhraya pantai timur saya edit dalam bahasa malaysia je.... saya rasa ada terbaca dalam forum tentang standard bahasa ni.. dan diusulkan pakai bahasa inggeris.. saya kurang setuju sebab kita negara Malaysia.. gunakanlah bahasa Malaysia.. negara thailand guna bahasa thailand, negara china guna bahasa china.. macam tu la sepatutnya..
--
Jonn
Users browsing this forum: No registered users