Salam perkenalan dan Selamat Datang ke Waze Malaysia.
Saya cadang saudara join Waze Malaysia. Di situ saudara boleh nengetahui dan mengikuti perkembangan Waze di Malaysia dengan lebih lagi.
Sesiapa yang mendaftar id dengan Waze boleh menjadi editor. Untuk mengetahui siapa editor di kawasan saudara/saudari khususnya Johor atau JB, boleh semak dari map editor.
Pada kebiasaannya, kalau ada masalah tentang peta Waze, kita hanya perlu permalink kawasan yang bermasalah.
Untuk mengetahui perkembangan Waze di Malaysia. Boleh lah ikuti di fb kumpulan Waze Malaysia. (Rujuk dibawah profile saya)
Tatacara untuk munurun/meningkat peringkat kunci segmen dan permintaan pengemaskinian data:
Bagi Wazer/Penyunting yang tidak mengetahui tentang kewujudan forum Facebook Waze Malaysia dan Waze Borneo (khusus untuk permintaan bagi Sarawak/Sabah/Brunei) cara dibawah adalah diperlukan apabila sesuatu permintaan seperti diatas dibuat menggunakan forum rasmi ini. Para editor disaran untuk menyertai forum facebook. Dengan menyertai facebook masalah dan komunikasi akan lebih berkesan.
1.Jenis Permintaan: Menurun/menaik level kunci segment atau pengemaskinian lain lain maklumat
2. Nyatakan nama bandar/Negeri
3. Bagi keterangan mengapa keperluan permintaan itu di buat.
4. Sertakan PERMALINK segment yang berkaitan untuk tindakan.
5. Bagi maklumbalas/terima kasih dan setelah tindakan diambil dengan MASALAH TELAH DISELESAI
Perhatian: Penyunting Level Diatas mungkin memilih untuk menyelesai masalah tersebut dengan sendiri.
[i]Contoh:
Permintaan untuk menurunkan level segmen ke level 1
Pitas, Sabah
tujuan adalah untuk mengemaskini segmen mengikut poin gps dan menyambung segment baru dengan Jalan Langkon Pitas https://www.waze.com/ms/editor/?zoom=7&lat=6.70685&lon=117.01453&layers=1509&env=row&segments=239310162,239310163,239310161. (segmen yang di kehendaki telah diberi penekanan. Ada tiga segmen yang telah di beripenekanan untuk di ambil tindakan oleh level atas iaitu 2 segment untuk Jalan Langkon Pitas dan satu segment yang hendak di sambung dengan Jalan Langkon Pitas)
Terima kasih diatas bantuan.[/i]
Semoga maklumat diatas, sedikit sebanyak dapat membantu.
kemaskini ke mukasurat pertama Tatacara untuk munurun/meningkat peringkat kunci segmen dan permintaan pengemaskinian data dan Pengenalan Asas kepada Penyunting Peta Waze, alatan asas dan lagi!.