Post Reply

Saya Merayu untuk Sahkan Jalan Ini

Post by faizalhassan365
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya merayu bantuan senior Wazers sekalian untuk semak dah sahkan jalan ini yang menyambungkan kepada puluhan buah rumah dalam kampung saya.

Kami selalu menghadapi masalah (lagi-lagi pada musim PKP Covid-19) apabila food rider atau courier tidak dapat menghantar barang ke kampung kami sebab jalan ini belum direkodkan lagi dalam Waze. Untuk pengetahuan, jalan ini sudah diturap tar oleh kerajaan. Oleh kerana jalan ini terletak berhampiran dengan sungai, saya namakan ia 'Jalan Kampung Tepi Sungai' (harap cadangan ini diterima).

Permalink:
https://www.waze.com/editor?env=row&lon ... 341&zoom=6

Semoga kewujudan jalan ini dalam Waze akan memudahkan kehidupan kami kelak.

Sekian, terima kasih.

Faizal Hassan
Wazer Level 1
faizalhassan365
Posts: 3
Has thanked: 5 times

POSTER_ID:17937687

1

Send a message

Post by faizalhassan365
Terima kasih pamyskywalker kerana membetulkan jalan tersebut.

Buat masa ini saya belum bersedia untuk menjadi penyunting WazeMy. Cadangan pamyskywalker itu akan saya pertimbangkan pada masa akan datang.

Faizal Hassan
Level 1
faizalhassan365
Posts: 3
Has thanked: 5 times
Send a message

Post by faizalhassan365
Hi, pamyskywalker.

Saya berminat untuk menjadi penyunting peta.
Apakah syarat-syarat yang diperlukan sebagai map editor?

Faizal Hassan
Level 1
faizalhassan365
Posts: 3
Has thanked: 5 times
Send a message

Post by izuaniz
Salam Encik Faizal Hassan,

We would like to invite you to join us in Waze Classroom to further understand the map editing skills at https://t.me/joinchat/AtodjkNCyYnyRM2CrUHJRQ

Perhaps our FB group as well to keep in touch on updates at https://www.facebook.com/groups/WazeMY

Hope to see you there and looking forward for your reply.
Have a great day ahead.

Regard,
izuaniz
izuaniz
Posts: 34
Has thanked: 16 times
Been thanked: 4 times
Send a message
https://storage.googleapis.com/wazeoped ... anager.png https://storage.googleapis.com/wazeoped ... Rank_3.png https://storage.googleapis.com/wazeoped ... Tester.png https://s.waze.tools/beta.png https://storage.googleapis.com/wazeoped ... Raider.png

[MALAYSIA]
[Selangor] Puchong, Seri Kembangan, Serdang, Cheras, Kajang, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Beranang & Hulu Langat
[Negeri Sembilan] Jelebu District


[INDONESIA]
[Central Kalimantan] Palangkaraya


Waze Malaysia Community Groups
Facebook - https://bit.ly/WazeMYFB
Twitter - https://bit.ly/WazeMYTW
Telegram - https://t.me/WazeMY

Post by pamyskywalker
Waalaikumussalam, Encik Faizal Hassan.

Terima kasih kerana menghubungi kami dan memaklumkan tentang jalan yang tiada di dalam peta. Kami berbesar hati dan amat menghargai bantuan maklumat yang encik telah salurkan. Ianya amat membantu kami untuk mengemaskini peta.

Berdasarkan rujukan kami, jalan yang encik telah tambahkan tidak mempunyai nama yang spesifik serta tidak mempunyai papan tanda khusus yang menunjukkan nama jalan tersebut. Berdasarkan standard suntingan peta Waze Malaysia, cukup sekadar menandakan 'tick' pada nama jalan yang disebutkan. Saya telah membantu membetulkan sedikit kesilapan pada suntingan encik.

Adakah encik berminat untuk menyertai Komuniti Penyunting Peta Sukarela Waze Malaysia (WazeMY)? Bersama-sama komuniti ini, tuan akan dapat mempelajari selok belok suntingan peta yang betul disamping membantu mengemaskinikan peta Waze untuk memudahkan rakyat Malaysia. Jika encik berminat, kami akan berikan link untuk menyertai komuniti ini.

Terima kasih.

pamyskywalker (L3)
Penyunting Peta Sukarela Waze,
WazeMY.
pamyskywalker
Posts: 19
Has thanked: 18 times
Been thanked: 3 times
Send a message

Post by pamyskywalker
Tidak mengapa.

Kami mendapati anda mampu menjadi penyunting peta (map editor) yang berkebolehan. Sila hubungi kami kembali jika anda menukar fikiran untuk menyertai kami. Kami juga boleh dihubungi melalui group FB kami (malah respond adalah lebih cepat!) di http://www.fb.com/groups/WazeMY

Happy Waze-ing!

pamyskywalker (L3)
Penyunting Peta Sukarela Waze,
WazeMY.
pamyskywalker
Posts: 19
Has thanked: 18 times
Been thanked: 3 times
Send a message