Belém, Brazil
Membuka Jalan Menuju COP30 demi Kelestarian Masa Hadapan
Menjelang penganjuran Sidang Kemuncak COP30 global, bagaimanakah sesebuah bandar boleh memodenkan infrastruktur bagi mengurus kemasukan pelawat dalam jumlah yang besar dan dalam masa yang sama meneruskan matlamat kelestarian jangka panjang? Bagaimana data masa nyata boleh dimanfaatkan untuk membentuk persekitaran bandar yang lebih cekap, berdaya tahan dan selamat untuk pemastautin dan tetamu antarabangsa? Bagi menjawab persoalan penting ini, bandar Belém telah menjalin perkongsian dengan Waze for Cities dan ekosistem Google Geo for Cities yang lebih luas. Kerjasama strategik ini memberikan tumpuan pada objektif utama untuk:
- Mengoptimumkan aliran trafik dan mempertingkatkan mobiliti untuk memastikan kelancaran pengangkutan sepanjang Sidang Kemuncak COP30 yang amat penting.
- Menambah baik perancangan bandar dan daya tahan infrastruktur dengan memanfaatkan data trafik masa nyata dan sejarah.
- Mempromosikan pengangkutan lestari melalui integrasi transit awam dan mengoptimumkan kecekapan lampu isyarat untuk mengurangkan pelepasan karbon.
- Memperkukuh keselamatan awam dan respons krisis melalui saluran komunikasi langsung dengan pemandu.
Dengan memanfaatkan perkongsian menyeluruh ini, Belém bukan sekadar bersedia menghadapi acara antarabangsa yang besar, sebaliknya menyediakan asas menuju masa hadapan yang lebih lestari dan maju dari segi teknologi. Integrasi data yang dikuasakan oleh komuniti Waze dengan set alatan geospatial Google menyediakan asas yang kukuh untuk pembangunan bandar yang mampu membawa perubahan. Kerjasama ini membolehkan bandar beralih daripada penyelesaian masalah secara reaktif kepada pendekatan proaktif serta perancangan berasaskan data untuk memastikan kesinambungan inovasi selepas sidang kemuncak berakhir.
Perkongsian dengan Waze for Cities menjelang COP30 merupakan titik perubahan besar bagi Belém. Perkongsian ini menyediakan data masa nyata yang menjadi asas penting dalam usaha membina sebuah bandar pintar dan lestari. Keupayaan untuk turut menggunakan alatan seperti Platform Google Maps dan Transit Awam membolehkan kami mengurus aliran trafik dengan lebih cekap, mengurangkan jejak karbon dan menawarkan pengalaman bertaraf dunia kepada pemastautin dan pelawat. Semua ini bukan sekadar pengurusan trafik tetapi usaha untuk membentuk masa hadapan Belém yang lebih berdaya tahan dan sesuai untuk didiami.
Kesan
Melalui kerjasama dalam program Waze for Cities dan ekosistem Google Geo yang lebih luas, Belém berada di landasan yang tepat untuk mencapai objektif utama dalam inovasi bandar, kesedaran pemandu dan pembangunan lestari. Inisiatif berorientasikan masa hadapan ini akan:
- Menyokong Perancangan Mobiliti Lestari: Menggunakan data menyeluruh untuk merancang rangkaian pengangkutan yang lebih hijau sekali gus mengurangkan kesesakan dan pelepasan karbon.
- Mempertingkatkan Kecekapan Membuat Keputusan: Memanfaatkan cerapan masa nyata untuk mengurus cabaran bandar dengan lebih berkesan serta memberikan respons pantas terhadap bencana alam atau krisis lain.
- Meningkatkan Komunikasi Krisis: Menggunakan platform Waze sebagai saluran komunikasi langsung kepada pemandu untuk menyampaikan maklumat penting dengan pantas semasa kecemasan atau acara besar seperti COP30.
- Mengoptimumkan Trafik untuk Acara Global: Memastikan rangkaian pengangkutan bandar mampu menampung permintaan yang tinggi sepanjang sidang kemuncak sekali gus memberikan pengalaman yang lancar kepada perwakilan dan pelawat.
- Mewujudkan Model untuk Inovasi Bandar: Menunjukkan cara perkongsian strategik dengan peneraju teknologi dapat mempercepat usaha sesebuah bandar ke arah masa hadapan yang lebih pintar, selamat dan lestari.