Bagaimana nak maklumkan location tidak wujud?

Bagaimana nak maklumkan destination location tidak wujud? Setelah search lokasi di waze, ikuti route yang betul, tetapi bila dah sampai, ia tidak wujud… hanya hutan belukar sahaja…

Saya pengguna baru, tidak jumpa cara “how to report map problem”.

Terima kasih.

Mula-mula kena kenalpasti dulu tempat tu sama ada data daripada Waze atau pihak ketiga; Google Map.

Daripada situ, kita boleh ambil tindakan yang sepatutnya.

Tempat apa yang dibawa ke hutan belantara tu?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Waze di Malaysia, ayuh sertai komuniti di Facebook dan GooglePlus.

Sekian, terima kasih.

Ok. Tq.

Data dari waze.
Search, klik petrol station. Ada 2 petronas berdekatan. 1 petronas mmg wujud. 1 petronas lagi tidak wujud. Lokasi dlm belukar. :slight_smile:

Kalau betul tu data Waze, boleh report direct dalam apps. Kalau tak boleh, maksudnya tu bukan data Waze, tapi data Google Map.

Sekian.