Point tak ada di www tapi ada pada world kenapa?

Just nak tanya adakah server berbeza?

Hi Hasnan.

Merujuk kepada pertanyaan yang diajukan, Waze secara umumnya mempunyai dua server berbeza iaitu http://www.waze.com dan http://world.waze.com. Yang pertama adalah server untuk AS (lebih dikenali sebagai NA) dan yang kedua adalah untuk keseluruhan kawasan selain AS (lebih dikenali sebagai INTL).

Jadi, pengguna di Malaysia secara automatik akan direkodkan di server INTL. Data username setiap Wazer dapat diakses dikedua-kedua server berkenaan, berkemungkinan kerana ianya merujuk kepada database yang sama (walaupun begitu, maklumat berkaitan point, peta dan sebagainya berada dalam server yang berasingan).

Terima kasih.

Ok terima kasih